Kira ini imbasan sejarah start menu bagi Windows, tidak termasuk windows server.
Windows 3.11
Windows 3.11 tiada start menu, untuk penetapan sistem windows ini guna program manager. Teringat zaman aku guna windows versi ni dulu-dulu.
Windows 95
Ini lah windows yang mula diperkenalkan start menu. kalau tengok boleh nampak betapa banyaknya perbezaan atau perubahan pada windows. Windows 95 lebih graphical dari windows 3.11 dan lebih mudah digunakan.
Windows 98
Ini pula start menu bagi windows 98, berbeza dengan windows 95. start menu windows 98 boleh ditambah icon dengan dragging atau dropping. Juga pengguna boleh menamakan icon yang terdapat padanya.
Windows ME
Ha ini pula windows ME, kalau tengok macam windows 98 jer. Berbanding dengan Windows 98, windows ME kurang popular, ini mungkin disebabkan oleh faktor kestabilan sistem.
Windows XP
Ini lah start menu yang biasa kita tengok, start menu windows XP boleh ditukar samada start menu asal atau classic. Start menu windows XP akan highlight aplikasi yang baru dipasang.
Windows Vista
Start menu windows Vista pula mula diletakkan search padanya. Dengan keluarnya Windows Vista menandakan sudah sedekad lamanya start menu diperkenalkan.
Windows 7
Bagi start menu Windows 7 pula tidak banyak berlaku perubahan dari Windows Vista.
Windows 8
Dengan kata lain WIndows 8 tidak ada start menu kerana metro start menu. Tetapi jika gerakkan tetikus pada tempat biasa start menu diletakkan akan keluar menu kecil untuk mengubah tetapna sistem. Disebabkan Windows 8 sesuai untuk komputer touch screen dan tablet pc, kemungkinan akan terdapat pilihan untuk bertukar ke start menu lama.
0 comments: