Wednesday, 21 September 2011

Menambah Partition Windows 7

Posted by Nor Amalin at 06:23 ,

 

Microsoft Windows 7 ada beberapa perisian (tools) yang membolehkan kita mengubah dan menguruskan system operasi dengan lebih baik. Bagi sesiapa yang ingin menambah partition tidak perlu lah mencari perisian lain kerana dlm Windows 7 terdapat Disk Management Tool yang boleh mengecilkan dan membuat partition baru dengan mudah. Untuk menambah partition baru daripada partition yang sedia ada perkara pertama yang harus dilakukan ialah mengecilkan partition terlebih dahulu.

 

Mengecilkan partition

Klik start dan taipkan diskmgmt.msc dalam search box dan klik kanan diskmgmt.msc dan pilih Run as administrator

 

Paparan disk management

 

Klik kanan drive yang kita hendak kecilkan saya akan pilih drive D: sebagai contoh.

497976-500-330

 

Disk management akan mengambil masa untuk analisa drive yang dipilih kemudian barulah keluar paparan dibawah.

 

Masukkan nilai yang dikehendaki (nilai yang ingin dibuang dalam drive D:) dalam Enter the Amount of Space to Shrink in MB. Saya akan kecilkan sebanyak 5000MB (5GB), apabila siap klik button shrink.

 

Apabila siap akan keluar partition baru yang ditanda unallocated, saiz sebenar drive akan lebih kurang dari nilai yang kita masukkan tadi kerana fail sistem akan mengambil sedikit ruang.

 

Klik kanan pada partition baru itu dan pilih new simple volume

 

Klik next untuk memulakan proses

 

Kita boleh lagi memecahkan partition yang baru dibuat kepada beberapa bahagian, tetapi kali ini saya akan gunakan semua saiz yang ada.

 

Di paparan seterusnya akan ada tiga pilihan

  • Assign the following drive letter: Windows telah menetapkan drive letter yang boleh digunkan tetapi kita boleh menukarnya.
  • Mount in the following empty NTFS folder: Mount drive pada folder ini membolehkan partition beroperasi dalam folder windows atau mana-mana folder yang dikehendaki.
  • Do not assign a drive letter or drive path: Tidak menetapkan drive letter yang mana kita boleh menetapkan kemudian.
  • Kebiasaannya pilihan pertama digalakkan.

 

Paparan seterusnya adalah untuk format, kita boleh pilih samada nak gunakan NTFS atau FAT32, amat digalakkan untuk menggunakan format NTFS berbanding FAT32. Allocation Unit Size tidak perlu diusik dan masukkan apa-apa dalam volume label untuk memudahkan kita mengenal partition nanti. Buat Quick Format untuk Format cepat. 

 

Apabila selesai Klik next dan paparan laporan pilihan yang kita buat akan keluar jika tiada masalah klik finish.

 

Apabila format selesai akan dipaparkan partition yang telah kita buat.

 

 

P/S : kalau kecilkan drive C: atau System Drive windows akan hadkan jumlah yang boleh dikecilkan berdasarkan keperluan sistem operasi.

Back Top

0 comments:

Post a Comment