Bagi yang memiliki netbook tentu susah nak install windows 7, aku banyak terima netbook utk dibaiki yang paling banyak nak format dah la external dvd aku rosak kena lah cari external lain. Tapi tahukah anda boleh install menggunakan usb drive, nak menyediakan usb drive utk install windows 7 mudah ajer. cara-caranya :
Kena ada usb drive bersaiz lebih kurang 4GB keatas perlu diingatkan dlm proses ini usb drive perlu diformat jadi kalau ada apa-apa fail tu pindah lah dulu. Juga pastikan sistem yang hendak dipasang windows 7 tu boleh boot dengan usb kalau tak sia-sia lah nanti.
Untuk langkah penyediaan usb drive tu mula-mula buka CMD (Command Prompt) sebagai administrator. Biasanya cmd berada dalam accessories kat start menu tak pun taip jer cmd pastu klik kanan pada cmd dan klik run as administrator seperti dlm gambar dibawah ni.
pastikan usb drive telah dicucuk dan taipkan diskpart dalam cmd tu.
kemudian kita kena cari usb drive utk itu kita taip list disk ia akan paparkan semua drive yg disambungkan pada pc anda. seperti yang boleh anda lihat saya dah boleh tau mana usb drive saya berdasarkan saiz isitu 3906MB iaitu lebih kurang 4GB dan ia disenaraikan sebagai disk 5. jika sukar nak kenalpasti usb anda taipkan “ list volume”. Ini sangat penting kerana jika tersilap pilih drive semua data boleh hilang.
selepas itu pilih usb drive kita dengan arahan select disk 5. seperti dibawah ini.
Kemudian taip arahan “clean”. arahan ini akan menghilangkan segala maklumat format dalam drive serta semua partition. setelah ia selesai akan keluar paparan seperti dibawah.
Kemudian kena aktifkan partition supaya bios mengetahui yang ia boleh boot (bootable) utk itu taip active
seperti dibawah ini.
setalah aktifkan partition barulah boleh format usb drive ini boleh dilakukan dengan arahan “Format fs=FAT32 quick” setelah format selesai taipkan arahan “assign” ini utk memberi drive letter pada usb drive kalau tak nanti tak adalah drive letter.
Selepas itu taip “exit” utk keluar. Langkah seterusnya salin semua fail dalam DVD
Windows 7 dalam usb Drive.
Setelah siap boleh lah boot dgn usb Drive tu nanti dan ia lebih laju dari menggunakan DVD.
Peringatan Kena menggunakan CMD atau Diskpart dlm WIndows Vista / 7 / WinPE 2.X baru jadi.
Blogger Labels: USB Drive,Installation,Windows 7
0 comments: