Tuesday, 20 September 2011

Tukar Dan Ubahsuai Logon Screen Wallpaper Windows 7

Posted by Nor Amalin at 08:28 ,

Edit Registry
Mula-mula klik star dan taip Regedit dalam Search Box. Akan keluar paparan UAC Klik Jer Yes.


Peringatan : Sila pastikan anda telah membuat salinan registry terlebih dahulu

Selepas Registy Editor siap dibuka cari dan klik kanan pada HKEY_LOCAL_MACHINE dan pilih arahan Find, apabila Dialog Box find dipaparkan taipkan OEMBackground dalam Text box dan pastikan hanya  Values check box dipilih, seperti gambar dibawah.


Apabila HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Authentication\LogonUI\Background dibuka cari dan klik dua kali  OEMBackground. Apabila nampak Edit DWORD, tukarkan nilai dari 0 kepada 1. (Jika OEMBackground tidak wujud dalam Background, anda hendaklah klik pada edit dan pilih New | DWORD (32-bit) Value.


Klik Ok dan tutup registry Editor

Buat Folder
Buka Windows Explorer buka folder C:\Windows\System32\Oobe buat folder baru namakan ia sebagai info. Kemudian buka folder info dan Buat folder dalam folder tersebut namakan sebagai backgrounds.

Tetapkan Wallpaper
Boleh gunakan apa-apa gambar yang dikehendaki tetapi gambar tersebut harus format *.Jpg dan perlu namakan ia sebagai backgroundDefault.jpg gambar tersebut juga perlu dimasukkan dalam folder Windows\System32\Oobe\info\backgrounds. Ada dua perkara perlu diingatkan, pertama saiz gambar tidak boleh melebihi 256 KB. Kedua dimensi gambar perlu menyamai resolusi screen anda. jika gambar lebih kecil dari resolusi screen, gambar akan ditarik dan ia akan nampak kucar-kacir.

Mengubah bayang
Seperti yang sedia maklum button dan text yang digunakan untuk memaparkan identiti penguna pada logon screen mempunyai bayang dibelakang untuk menunjukkan kesan 3D. Bergantung pada gambar yang dipilih unutk Logon screen bayang ini tidak berfungsi dengan baik. Kita boleh memilih untuk mengubah atau membuang bayang pada teks dan button. Untuk mengubah bayang buka Registry Editor sekali lagi dan buka folder HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Authentication\LogonUI kemudian buat satu key baru iaitu DWORD yang dinamakan ButtonSet. Bayang akan dapat diubah mengikut kehendak berdasarkan nilai dalam ButtonSet

0 - Bayang Malap
1 - Bayang gelap
2 - Tiada Bayang

Back Top

0 comments:

Post a Comment