Thursday, 22 September 2011

5 Tip Untuk Buang Virus

Posted by Nor Amalin at 06:15 ,

nyak aDalam bidang IT takkan terlepas dari jangkitan virus, aku dah banyak kali melakukan proses mencuci virus dari komputer, terdapat banyak teknik yang boleh digunakan disini aku kongsikan 5 teknik yang boleh digunakan untuk menghapuskan virus.

 

1. Asingkan Drive

Banyak rootkit dan trojan menyembunyikan kehadiran mereka apabila windows mula. Jika sudah terdapat antivirus pada PC yang dijangkiti peluang unutk menhapuskan semua virus amat rendah. Jadi cara yang terbaik sambungkan Hard Disk pada PC lain dan lakukan virus scan secara menyeluruh pada Hard Disk tersebut.

 

2. Buang fail sementara

Ketika disambungkan pada PC lain cari dan buang fail sementara pengguna. fail-fail ini biasanya boleh dijumpai di C:\Documents and Settings\Username\Local Settings\Temp bagi windows XP dan C:\Users\Username\App Data\Local\Temp bagi windows vista dan 7. Buang semua fail dalamnya, sesetengah virus bersembunyi dalam folder fail sementara.

 

3. Pasang Balik Hard Disk

Pasang balik Hard Disk pada PC yang asal dan lakukan virus scan sekali lagi untuk memastikan sistem betul-betul bersih dari virus. Gunakan juga program antispyware.

 

4. Uji sistem

Apabila semua langkah diatas siap buka Web browser buang semua offline file dan cookies. Selepas ini pastikan tiada maslah lain seperti mesej popup, web direction, homepages hijacked dll. Buka beberapa website yang popular seperti facebook, google, yahoo dll serta uji search engine dengan melakukan beberapa carian di internet.

 

5. Ujian lanjut

Jika terdapat lagi masalah jangkitan seperti redirected search atau website block cuba cari nama proses yang aktif yang mungkin menyebabkan ia terjadi. Gunakan Trend Micro’s Hijack This, Microsoft Process Explorer dan MSconfig (pada run taip msconfig). Antara yang Paling berkesan aku biasa gunakan ialah sysinternal Process Explorer dan Sysinternal Autorun, kedua-dua program ini free jer dan boleh didapati di http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb545027. Jika perlu lakukan carian dalam registry untuk membuang jangkitan virus.

 

Strategi lain..

Boleh juga gunakan boot disk seperti KNOPPIX, UBCD, BartPE dan WInPE untuk menghapuskan virus.

 

P/S: untuk menghapuskan malware aku syorkan malwarebytes ia amat berkesan untuk menangani malware tapi untuk virus kena gunakan anti virus lah.

Back Top

0 comments:

Post a Comment