Memindahkan data adalah perkara biasa yang dilakukan menggunakan pendrive tapi tahukah anda terdapat banyak lagi yang boleh digunakan pada pendrive anda. Disini saya kongsikan 10 perkara yang boleh anda lakukan.
1. Jalankan Program Mudah Alih
Sebagai tambahan menyimpan data pendrive juga boleh menjalankan program mudah alih seperti OpenOffice yang mana lengkap dengan pemproses perkataaan (Word Processor), Spreadsheet (Seperti Excel), Presentation, Pakej lukisan dan Pengkalan data. Terdapat juga program mudah alih Mozilla Firefox, Thunderbird, Google Chrome Dan lain-lain lagi. Program-program mudah alih ini boleh didapati di Portablesapps.com
2. Jalankan Sistem Operasi
Pendrive juga boleh untuk menjalankan sistem operasi samada Windows ataupun Linux. Disini terdapat cara-cara untuk membuat sistem operasi portable bagi windows dan Linux.
3. Buat Tetapan Bagi Wireless
Dengan pendrive adalah mudah untuk anda buat tetapan bagi rangkaian, hanya menggunakan Microsoft Network Setup Wizard (Windows XP) dan Windows Connect Now (Windows Vista dan 7). Maklumat rangkaian dapat disimpan dalam pendrive dengan itu mempercepatkan proses penyambungan rangkaian untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk di Help and support dalam windows.
4. Buat Password Reset Disk
Password reset disk amat berguna jika anda lupa kata laluan windows, dengan menggunkan pendrive lama yang bersaiz kecil dah boleh membuat password reset disk. Cara untuk membuat password reset disk.
Pilih pendrive anda disini.
5. Tingkatkan Prestasi
Jika menggunkan windows vista atau 7, anda boleh menggunkan pendrive untuk tingkatkan prestasi komputer anda dengan sistem ReadyBoost yang terdapat dalam windows tersebut. ReadyBoost menggunakan ruang dalam pendrive untuk menambah ruang cache hardisk anda. Disebabkan pendrive lebih memberi respon dari hard disk, ingatan cache yang dibekalkan oleh pendrive lebih laju dari hard disk. Untuk menggunakan ReadyBoost cucuk sahaja pendrive anda dan ikut arah yang dipaparkan. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk disini.
6. Uruskan ia
Jika anda hanya mahu gunakan sebagai tempat penyimpanan data, gunakan lah Microsoft USB Flash Drive Manager. tapi ia hanya untuk Windows XP sahaja. Dengan perisian ini anda boleh uruskan pendrive anda dengan lebih mudah, anda boleh pindahan fail dari pendrive ke komputer atau sebaliknya, Buat salinan pendua (Backup) dan buat autorun.inf. Perisian ini boleh didapati disini.
7. Sebagai MP3 Player
Jika anda tiada MP3 Player anda boleh gunakan pendrive sebagai MP3 player hanya gunakan Microsoft Windows Media Player dan headphone, salin lagu ke dalam pendrive dan cucuk pada PC dan tujukan Windows Media Player untuk buat Library lagu yang terdapat dalam pendrive anda.
8. Kunci Dengan Kata Laluan
Bagi pengguna yang mempunyai data sensitif dalam pendrive mereka dan mahu lebih keselatan andan mungkin boleh gunakan Rohos Mini Drive, TrueCrypt Dan lain-lain lagi perisian yang boleh mengelakan kebocoran data dari pendrive anda.
9. jalankan Laman Web
Bagi pereka laman web anda boleh menjalankan laman web anda dari pendrive hanya menggunkan Server2Go. Dengan perisian ini laman web yang menggunakan bahasa Apache, PHP, MySQL Perl dan lain-lain lagi terus dari pendrive. Ia amat sesuai bagi membawa laman web anda untuk demo atau mesyuarat. Server2Go boleh didapati disini
10. Kunci Komputer Anda
Pernah tak anda melihat dalam filem terutama cerita-cerita mat saleh yang menggunkan kad untuk buka atau kunci komputer. Anda boleh lakukan perkara yang sama dengan pendrive anda, Dengan perisian Predator anda boleh mengunci dan membuka kunci komputer anda. Apabila pendrive dicucuk komputer anda dibuka bila dicabut ia akan terkunci semula.
Perisan predator boleh didapati disini
Setakat ini sahaja untuk kali ini
0 comments: