Laplink PCmover adalah perisian yang membolehkan anda memindahkan fail, tetapan dan juga aplikasi dari satu komputer ke komputer yang lain. Ia amat sesuai untuk yang telah menukar komputer yang lebih baru.
Spesifikasi:
Syarikat: Laplink Software, Inc.
Produk: PCmover Professional Edition
Keperluan: 200MB disk space, Windows 2000 and up
Harga: $59.95 (Professional Edition), $39.95 (Home Edition)
Maklumat Tambahan: Web site produk
Kegunaannya?
PCmover untuk sesiapa yang inginkan cara mudah memindahkan tetapan dari komputer lama ke komputer baru. Terdapat juga Edisi Enterprise untuk jabatan IT yang inginkan fungsi seperti memindahkan template dan kawalan berpusat.
Masalah yang diselesaikan?
Berpindah dari satu pc ke pc yang lain mengambil masa yang agak lama dan agak menyusahkan. Kita tentu dah biasa sangat dengan tetapan yang telah ada, kalau pindah ke pc yang lain kena ubah tetapan balik. Dengan produk ini tetapan dan fail dapat dipindahkan serentak jadi ia menjimatkan masa.
Masalah yang mungkin dihadapi?
Walaupun ia sepatutnya berjalan sendiri tapi ada sesetengah masalah kecil akan timbul sebelum proses dapat dijalankan dengan baik.
Produk saigan
Windows Easy Transfer
Symantec Ghost Solution Suite
Easy Computer Sync
p/s : Aku pernah guna untuk pindah perisian yang telah dipasang pada komputer.
Blogger Labels: Tetapan,Aplikasi,Fail,Pindah,Laplink,PCmover
0 comments: