Saturday, 24 September 2011

10 Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Meningkatkan Prestasi PC Anda

Posted by Nor Amalin at 03:07 ,

Terdapat banyak teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi PC anda, di sini saya ingin kongsikan 10 cara yang boleh digunakan.

1. Haspuskan Malware
PC baru sepatutnya tiada malware tetapi malware boleh menjangkiti PC dalam pelbagai cara. Kebanyakan PC yang perlahan biasanya dijangkiti malware. Malware akan menggunakan proses dan memperlahankan PC anda. Apa yang malware buat apabila jangkiti PC anda?. Malware biasanya digunakan untuk mencuri identiti, maklumat kad kredit, kata laluan, mencari PC lain untuk dijangkiti dalam rangkaian dan lain-lain lagi. Disebabkan itu ia boleh memperlahankan PC anda terutama jika terdapat banyak malware yang dijangkiti. Jadi boleh dikatakan PC yang lembab biasanya dijangkiti malware. Cara mengatasinya, pastikan antivirus anda sentiasa dikemaskini dan pasang aplikasi anti spyware sebagai sokongan kepada antivirus anda.

2. Tukar Graphic Card
Untuk kegunaan kerja-kerja pejabat graphic card adalah tidak perlu, tetapi bagi gamers ia adalah penting. Juga dengan adanya graphic card ia juga mengurangkan kadar pergangtungan GPU motherboard.

3. Dapatkan Hard DIsk Lebih Laju
Antara faktor kelajuan PC juga disebabkan oleh kelajuan hard disk. Untuk membeli hardisk lihat dan bandingkan nilai RPM, saiz cache, seek speed dan transfer rate. Biasanya hard disk yang bagus akan perlahan pada mulanya disebabkan oleh tetapan kuasa pada PC yang membenarkannya untuk spin down (mempelahankan kelajuan putaran).  Tukar tetapan ini untuk memastikan hard disk anda dapat dijalakan dengan segera. Walaupun antara Hard disk dengan SSD masih diperdebatkan tentang mana lebih baik, SSD lebih memberi respon dari hard disk konvensional.

4. Buat Pemeriksaan Pada Perkakasan
PC yang lembab juga mungkin disebabkan oleh perkakasan komputer yang bermsalah. Sebagai contoh jika CPU tidak disejukkan dengan betul ia akan diperlahankan kelajuan untuk mengurangkan haba bagi mengelakkan overheating. Masalah yang bolehh dipulihkan (recoverable) pada hard disk seperti bad sector dan disk error boleh memperlahankan kelajuan capaian hard disk. Serta driver perkakasan yang salah juga boleh memperlahankan PC anda terutamanya graphic card. Menggunkan perisian yang boleh memantau suhu dan kelajuan sistem serta melakukan check disk pada hard disk dan juga mengemaskini driver adalah cara terbaik mengesan masalah perkakasan.

5. Gunakan hardisk RAID atau SATA
Berbanding hard biasa, RAID dan SATA mempunyai kadar penghantaran data yang lebih tinggi. Terutama RAID yang mempunyai kadar kelajuan yang lebih.

6. Gunakan Web Browser Lain
Penggunaan Web Browser yang lain, ini kerana kebanyakan masa dihabiskan pada web browser. Setiap web browser mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

7. Buang Fail-Fail Sementara
Dengan penggunaan aplikasi seperti Ccleaner fail-fail sementara yang tidak digunakan ini dapat dibuang. Fail-fail ini akan terkumpul setiap kali kita pasang dan buang pasang perisian serta melayari laman web. Jika dibiarkan saiz yang terkumpul boleh mencapai tahap gigabytes.

8. Menggunkan DNS Lookup Server Yang Lebih Pantas.
Penetapan DNS Lookup server yang lebih pantas mempercepatkan page loading, Jadikan server tersebut sebagai Primary DNS Server dalam tetapan TCP/IP. Google Public DNS Server merupakan pilihan alternatif terbaik.

9. Defrag
Tidak dapat dinafikan dengan defrag prestasi PC dapat ditingkatkan, walaupun windows mempunyai aplikasi defrag tersendiri namun ia tidak memadai, alternatif terbaik gunakan perisian defrag seperti Auslogics Disk Defrag, Smart Defrag dan lain-lai lagi.

10. Periksa sambungan Rangkaian
Dari masa ke masa kelembabpan PC juga disebabkan oleh rangkaian. PC yang kita gunakan banyak menghabiskan masa dengan internet jadi jika berlaku masalah sambungan ia kan memperlahankan pretasi terutamanya semasa melayari internet. Berikut senarai yang boleh digunakan atau dicuba untuk memeriksa sambungan.
  • Menukar kabel, switch, hub, router, Access point dan sebagainya.
  • Terdapat malware dalam rangkaian yang mengakses PC dalam rangkaian.
  • Memeriksa kabel telefon (DSL) atau UTP, Coax (LAN) untuk mencari tanda-tanda kabel longgar, reput, atau terputus.


P/S: Letih betullah nak siapkan ni, bleh katakan yang terpanjang pernah aku post dalam  blog ini.

Back Top

0 comments:

Post a Comment