Bagi yang suka edit gambar untuk tujuan posting dalam facebook, suka-suka, simpanan dan sebagainya tentu sukar untuk menggunakan photoshop. Kadangkala kita hanya mahukan pengubahan yang sedikit sahaja pada gambar. Disini saya kongsikan 5 graphic editor yang mudah digunakan sesentengah darinya adalah percuma.
1. Adobe Photoshop Elements
Adobe Photoshop Elements adalah versi photoshop yang murah dan mudah digunakan, namum ia kekurangan fungsi untuk golongan professional. Tetapi bagi pengguna yang baru berjinak dengan photo editing atau graphic design ia adalah perisian yang amat sesuai.
2. Paint.NET
Paint.NET adalah perisian percuma untuk pengguna Windows yang menawarkan jumlah fungsi yang sederhana dan tidak terlalu rumit untuk digunakan. Seperti juga Photoshop dan Photoshop Elements ia menggunakan teknik layer.
3. Fatpaint
Fatpaint adalah perisan yang tidak perlu dipasang pada PC dan ianya percuma, ini kerana ia adalah web based image editor yang mana kita kena edit online. walaupun bergitu ia boleh digunakan untuk image jenis vector dan raster. Ianya lebih mudah digunakan berbanding dengan perisian yang lain, ini kerana ia menganggap semua adalah objek dan bukanya pixel dalam layer. (dengan kata lain mudah skit bagi yang baru nak mula)
4. Picassa
Walaupun picassa lebih dekenali sebagai picture sharing system, ia juga merupakan perisian photo editing yang ringkas. Bagi yang hanya mahukan untuk membuang red eye, masukkan teks, dan tugas-tugas lain yang mudah. Ianya sesuai bagi yang hanya mahu edit gambar tapi tidak mahu belajar untuk menjadi artis sepenuh masa.
5. Corel PaintShop Photo Express
Corel PaintShop Photo Express lebih kurang sama dengan PaintShop Pro yang mempunyai banyak perkakasan (tools) untuk mengubah gambar. Ia juga mempunyai tools yang sesuai untuk melakukan tugas-tugas biasa seperti membetulkan gambar.
Perisian lain?
Kalau ada yang saya miss atau anda rasa image editor yang lain dirasakan lebih mudah kongsilah bersama.
0 comments: