Wednesday, 28 September 2011

Dapatkan Kembali Fail yang hilang Dengan Recuva

Posted by Nor Amalin at 02:22 ,

Apabila hard disk mengalami masalah yang boleh menyebabkan data hilang tiba-tiba ataupun tesalah delete fail. Jika fail itu merupakan fail yang penting tentu anda akan pening kepala. Terdapat banyak perisian yang boleh mendapatkan kembali (recover) fail yang telah hilang, tetapi yang saya nak tunjukkan disini ialah perisian Recuva dari piriform. Walaupun ia merupakan perisian percuma ia tetap berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan baik.

 

Fungsi Recuva :

  • Antaramuka pengguna yang mudah
  • Menapis hasil berdasarkan nama atau jenis
  • Paparan senarai atau tree
  • Boleh dijalankan dari pendrive
  • Kembalikan dokumen, gambar, video, music, email dan lain-lain lagi
  • Menyokong fail sistem jenis FAT12, FAT16, FAT32, NTFS, NTFS5, NTFS + EFS
  • Boleh digunakan pada SmartMedia, Secure Digital, MemoryStick, Digital cameras, Floppy disks, Jaz Disks, Sony Memory Sticks, Compact Flash cards, Smart Media Cards, Secure Digital Cards dan lainlain lagi.
  • Restore dari zip drive, firewire dan usb hard disk

 

Menggunakan Recuva

Langkah satu : Pilih jenis fail untuk recover, jika tidak pasti pilih other dan klik next.

 

Langkah Kedua : nyatakan tempat fail berada

Kita boleh nyatakan dimana proses recover fail dijalankan atau dengan kata lain tempat fail yang hilang itu berada, Jika tidak pasti pilih pilihan i’m not sure dan klik next

 

Langkah Ketiga : Mulakan pencarian

Pada skrin ini terdapat pilihan enable deep scan, deep scan adalah mengambil masa lebih lama dari standard scan tetapi fail kadar carian atau peluang untuk mendapatkan fail lebih tinggi.

 

Langkah Keempat : mendapatkan fail

Apabila scan selesai recuva akan paparkan fail yang boleh di dapatkan. Pilih fail yang dikehendaki dan klik recover kemudian tetapkan tempat fail itu akan di letakkan (jangan letak dalam hard disk atau pendrive yang sedang digunakan untuk recover kerana ini boleh menyebabkan fail yang boleh didapatkan kembali hilang)

 

Langkah Kelima : Periksa fail

periksa fail yang telah di recover untuk mempastikan kandungannya dalam tempat yang telah anda nyatakan. (Kadangkala fail yang di recover boleh rosak disebabkan oleh pertindihan cluster)

Back Top

0 comments:

Post a Comment