Tuesday, 11 October 2011

Cari Fail Yang Menggunakan Ruang Yang Lebih

Posted by Nor Amalin at 09:31 ,

Bagi anda yang hendak tahu fail apakah dalam simpanan Komputer anda yang menggunakan ruang yang lebih atau ingin membuang fail yang besar dalam hard disk untuk mendapatkan ruang. Anda boleh menggunakan WinDirStat ia merupakan perisian percuma yang boleh mendapatkan statistic penggunaan ruang dalam komputer anda. Cara penggunaannya seperti dibawah:

 

Pilih drive yang anda ingin dapatkan statistik penggunaan atau pilih semua drive.

 

Bergantung pada saiz hard disk anda proses mendapatkan statistik drive mengambil masa 5 – 10 minit.

 

Ini ialah paparan selepas selesai, bahagian separuh di atas memaparkan fail dan folder yang disusun mengikut saiz. Apabila salah satu fail di klik, blok warna bahagian bawah akan ditandai.

 

Anda boleh juga klik pada blok warna yang paling besar untuk mengetahui fail mana yang menggunakan ruang yang banyak.

 

Klik kanan pada fail yang ingin dipadamkan dan boleh pilih antara dua iaitu delete (to recycle bin) atau delete (no way to undelete) untuk pada dari hard disk terus.

Back Top

0 comments:

Post a Comment