Friday, 7 October 2011

10 Perisian Open Source Yang Bagus

Posted by Nor Amalin at 10:39 ,

Terlalu banyak perisian yang telah membanjiri pasaran dan kadang-kadang sesetengahnya kita tidak pernah mengegar namanya. Bagi yang suka mencuba perisian baru disini saya tunjukkan 10 perisian open source yang bagus untuk dicuba.

 

1. VLC

VLC merupakan pemain multimedia yang fleksibel, ia menyokong pelbagai jenis format video dan audio antaranya H.264, Ogg, DivX, MKV, TS, MPEG-2, mp3, MPEG-4, dan aac. Ia juga boleh digunakan untuk streaming video dan digunkan bersama dengan TV card. Malah ia juga boleh menukar format video (convert)

 

2. Gnumeric

Merupakan perisian spreadsheet dari Gnome Office Suite, mempunyai 520 fungsi spreadsheet, boleh membaca bnayk format spreadsheet. Tetapi ia bukan Microsoft Excel.

 

 

 

3. Abiword

Merupakan sebahagian dari Gnome Office suite dan ianya word processor yang setanding dengan Microsoft Word. Lebih ringan dan laju serta boleh membaca fail dari Microsoft Word dan Open Office.

 

4. Audacity

Adalah perisian untuk merakam dan mengubah (edit) bunyi. Ia boleh rakam bunyi, tukar rakaman analog kepada digitall, cut/copy/splice, ubah kelajuan dan pitch dan import/eksport format lain. Ia juga boleh menhilangkan bunyi bising dan menambah kesan.

 

5. Inkscape

Inkscape adalah perisian vector graphic editor yang lebih kurang Illustrator, Corel Draw dan Xara X. Kelebihan utama ia adalah tutorial yang mudah dan banyak.

 

6. X-Chat 2

Walaupun irc (Internet Relay Chat) adalah satu kaedah bersembang yang dilupan kini ia masih lagi berkepentingan dalam dunia IT, Khusunya bagi golongan Professional IT.

 

7. FreeMind

Ini pula sesuai bagi yang suka buat peta minda kerana dengan FreeMind ia boleh menghasilkan peta minda untuk anda ataupun nota-nota tentang projek. Oleh kerana ia dihsilkan dengan java, ia memerlukan java dipasang terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

 

8. TurboCASH

TurboCash adalah perisian untuk pengurusan kewangan peribadi. ia mempunyai asa yang kukuh dan digunakan dalam lebih dari 100,000 syarikat di 80 buah negara.

 

9. Amaya Web Browser

Alternatif bagi web browser yang biasa digunakan, Ia juga web editor.

 

10. ClamWin

Adalah perisian antivirus berasaskan ClamAv bagi linux. Ia mempunyai semua fungsi seperti antivirus lain. Perbezaan utama ia dengan antivirus lain selain dari harga (free), ia tidak menggunakan real time scanner. Selain dari scheduled scan anda harus membuat scanning sendiri pada pc.

 

Itu sahaja untuk hari ini, jika ada apa-pa cadangan atau ingin berkongsi meklumat sila lah bagi tau, thanks.

Back Top

0 comments:

Post a Comment