Semalam dan ari ni ari paling bz untuk aku nak masukkan artikel baru pun susah. Baru jer siap sikit dah ada kerja plak. DIharap bagi yang mengikuti blog saya ini boleh bersabar esok kalau saya tak bz akan saya masukkan artikel baru. Thanks
Lagi...
Semalam dan ari ni ari paling bz untuk aku nak masukkan artikel baru pun susah. Baru jer siap sikit dah ada kerja plak. DIharap bagi yang mengikuti blog saya ini boleh bersabar esok kalau saya tak bz akan saya masukkan artikel baru. Thanks
Apabila hard disk mengalami masalah yang boleh menyebabkan data hilang tiba-tiba ataupun tesalah delete fail. Jika fail itu merupakan fail yang penting tentu anda akan pening kepala. Terdapat banyak perisian yang boleh mendapatkan kembali (recover) fail yang telah hilang, tetapi yang saya nak tunjukkan disini ialah perisian Recuva dari piriform. Walaupun ia merupakan perisian percuma ia tetap berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan baik.
Fungsi Recuva :
Menggunakan Recuva
Langkah satu : Pilih jenis fail untuk recover, jika tidak pasti pilih other dan klik next.
Langkah Kedua : nyatakan tempat fail berada
Kita boleh nyatakan dimana proses recover fail dijalankan atau dengan kata lain tempat fail yang hilang itu berada, Jika tidak pasti pilih pilihan i’m not sure dan klik next
Langkah Ketiga : Mulakan pencarian
Pada skrin ini terdapat pilihan enable deep scan, deep scan adalah mengambil masa lebih lama dari standard scan tetapi fail kadar carian atau peluang untuk mendapatkan fail lebih tinggi.
Langkah Keempat : mendapatkan fail
Apabila scan selesai recuva akan paparkan fail yang boleh di dapatkan. Pilih fail yang dikehendaki dan klik recover kemudian tetapkan tempat fail itu akan di letakkan (jangan letak dalam hard disk atau pendrive yang sedang digunakan untuk recover kerana ini boleh menyebabkan fail yang boleh didapatkan kembali hilang)
Langkah Kelima : Periksa fail
periksa fail yang telah di recover untuk mempastikan kandungannya dalam tempat yang telah anda nyatakan. (Kadangkala fail yang di recover boleh rosak disebabkan oleh pertindihan cluster)
Labels:
Teknik-teknik
Ada yang bagitau aku yang dia ubah logon screen windows 7 tu tak jadi. Sebenarnya langkah-langkah nak buat mudah jer, mungkin ada yang tertinggal apa yang perlu dibuat.
1. Cari OEMBackgrounds –> Ubah nilai dari 0 ke 1
2. Buka folder c:\windows\system32\oobe\ –> Buat folder baru namakan sebagai info –> buat folder lain dalam folder info namakan sebagai backgrounds (c:\windows\system32\oobe\info\backgrounds\)
3. Masukkan apa-apa gambar yang mengikut resolusi screen anda (mengikut pixel) cth 800 x 600, 1024 x 768 dalam folder c:\windows\system32\oobe\info\backgrounds –> jgn lupa namakan gambar tersebut sebagai BackgroundDefault (saiz gambar tak boleh lebih dari 256KB)
untuk shadow tu kira optional lah, nak buat pun tak per tak nak buat pun tak aper. Kalau ada apa-apa masalah bagitau lah, thanks bagi yang bagi feedback pada saya.
Bagi yang suka edit gambar untuk tujuan posting dalam facebook, suka-suka, simpanan dan sebagainya tentu sukar untuk menggunakan photoshop. Kadangkala kita hanya mahukan pengubahan yang sedikit sahaja pada gambar. Disini saya kongsikan 5 graphic editor yang mudah digunakan sesentengah darinya adalah percuma.
1. Adobe Photoshop Elements
Adobe Photoshop Elements adalah versi photoshop yang murah dan mudah digunakan, namum ia kekurangan fungsi untuk golongan professional. Tetapi bagi pengguna yang baru berjinak dengan photo editing atau graphic design ia adalah perisian yang amat sesuai.
2. Paint.NET
Paint.NET adalah perisian percuma untuk pengguna Windows yang menawarkan jumlah fungsi yang sederhana dan tidak terlalu rumit untuk digunakan. Seperti juga Photoshop dan Photoshop Elements ia menggunakan teknik layer.
3. Fatpaint
Fatpaint adalah perisan yang tidak perlu dipasang pada PC dan ianya percuma, ini kerana ia adalah web based image editor yang mana kita kena edit online. walaupun bergitu ia boleh digunakan untuk image jenis vector dan raster. Ianya lebih mudah digunakan berbanding dengan perisian yang lain, ini kerana ia menganggap semua adalah objek dan bukanya pixel dalam layer. (dengan kata lain mudah skit bagi yang baru nak mula)
4. Picassa
Walaupun picassa lebih dekenali sebagai picture sharing system, ia juga merupakan perisian photo editing yang ringkas. Bagi yang hanya mahukan untuk membuang red eye, masukkan teks, dan tugas-tugas lain yang mudah. Ianya sesuai bagi yang hanya mahu edit gambar tapi tidak mahu belajar untuk menjadi artis sepenuh masa.
5. Corel PaintShop Photo Express
Corel PaintShop Photo Express lebih kurang sama dengan PaintShop Pro yang mempunyai banyak perkakasan (tools) untuk mengubah gambar. Ia juga mempunyai tools yang sesuai untuk melakukan tugas-tugas biasa seperti membetulkan gambar.
Perisian lain?
Kalau ada yang saya miss atau anda rasa image editor yang lain dirasakan lebih mudah kongsilah bersama.
Labels:
Produk Baek
Labels:
Teknik-teknik
Labels:
Tip-Tip
Memindahkan data adalah perkara biasa yang dilakukan menggunakan pendrive tapi tahukah anda terdapat banyak lagi yang boleh digunakan pada pendrive anda. Disini saya kongsikan 10 perkara yang boleh anda lakukan.
1. Jalankan Program Mudah Alih
Sebagai tambahan menyimpan data pendrive juga boleh menjalankan program mudah alih seperti OpenOffice yang mana lengkap dengan pemproses perkataaan (Word Processor), Spreadsheet (Seperti Excel), Presentation, Pakej lukisan dan Pengkalan data. Terdapat juga program mudah alih Mozilla Firefox, Thunderbird, Google Chrome Dan lain-lain lagi. Program-program mudah alih ini boleh didapati di Portablesapps.com
2. Jalankan Sistem Operasi
Pendrive juga boleh untuk menjalankan sistem operasi samada Windows ataupun Linux. Disini terdapat cara-cara untuk membuat sistem operasi portable bagi windows dan Linux.
3. Buat Tetapan Bagi Wireless
Dengan pendrive adalah mudah untuk anda buat tetapan bagi rangkaian, hanya menggunakan Microsoft Network Setup Wizard (Windows XP) dan Windows Connect Now (Windows Vista dan 7). Maklumat rangkaian dapat disimpan dalam pendrive dengan itu mempercepatkan proses penyambungan rangkaian untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk di Help and support dalam windows.
4. Buat Password Reset Disk
Password reset disk amat berguna jika anda lupa kata laluan windows, dengan menggunkan pendrive lama yang bersaiz kecil dah boleh membuat password reset disk. Cara untuk membuat password reset disk.
Pilih pendrive anda disini.
5. Tingkatkan Prestasi
Jika menggunkan windows vista atau 7, anda boleh menggunkan pendrive untuk tingkatkan prestasi komputer anda dengan sistem ReadyBoost yang terdapat dalam windows tersebut. ReadyBoost menggunakan ruang dalam pendrive untuk menambah ruang cache hardisk anda. Disebabkan pendrive lebih memberi respon dari hard disk, ingatan cache yang dibekalkan oleh pendrive lebih laju dari hard disk. Untuk menggunakan ReadyBoost cucuk sahaja pendrive anda dan ikut arah yang dipaparkan. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk disini.
6. Uruskan ia
Jika anda hanya mahu gunakan sebagai tempat penyimpanan data, gunakan lah Microsoft USB Flash Drive Manager. tapi ia hanya untuk Windows XP sahaja. Dengan perisian ini anda boleh uruskan pendrive anda dengan lebih mudah, anda boleh pindahan fail dari pendrive ke komputer atau sebaliknya, Buat salinan pendua (Backup) dan buat autorun.inf. Perisian ini boleh didapati disini.
7. Sebagai MP3 Player
Jika anda tiada MP3 Player anda boleh gunakan pendrive sebagai MP3 player hanya gunakan Microsoft Windows Media Player dan headphone, salin lagu ke dalam pendrive dan cucuk pada PC dan tujukan Windows Media Player untuk buat Library lagu yang terdapat dalam pendrive anda.
8. Kunci Dengan Kata Laluan
Bagi pengguna yang mempunyai data sensitif dalam pendrive mereka dan mahu lebih keselatan andan mungkin boleh gunakan Rohos Mini Drive, TrueCrypt Dan lain-lain lagi perisian yang boleh mengelakan kebocoran data dari pendrive anda.
9. jalankan Laman Web
Bagi pereka laman web anda boleh menjalankan laman web anda dari pendrive hanya menggunkan Server2Go. Dengan perisian ini laman web yang menggunakan bahasa Apache, PHP, MySQL Perl dan lain-lain lagi terus dari pendrive. Ia amat sesuai bagi membawa laman web anda untuk demo atau mesyuarat. Server2Go boleh didapati disini
10. Kunci Komputer Anda
Pernah tak anda melihat dalam filem terutama cerita-cerita mat saleh yang menggunkan kad untuk buka atau kunci komputer. Anda boleh lakukan perkara yang sama dengan pendrive anda, Dengan perisian Predator anda boleh mengunci dan membuka kunci komputer anda. Apabila pendrive dicucuk komputer anda dibuka bila dicabut ia akan terkunci semula.
Perisan predator boleh didapati disini
Setakat ini sahaja untuk kali ini
Labels:
Tip-Tip
nyak aDalam bidang IT takkan terlepas dari jangkitan virus, aku dah banyak kali melakukan proses mencuci virus dari komputer, terdapat banyak teknik yang boleh digunakan disini aku kongsikan 5 teknik yang boleh digunakan untuk menghapuskan virus.
1. Asingkan Drive
Banyak rootkit dan trojan menyembunyikan kehadiran mereka apabila windows mula. Jika sudah terdapat antivirus pada PC yang dijangkiti peluang unutk menhapuskan semua virus amat rendah. Jadi cara yang terbaik sambungkan Hard Disk pada PC lain dan lakukan virus scan secara menyeluruh pada Hard Disk tersebut.
2. Buang fail sementara
Ketika disambungkan pada PC lain cari dan buang fail sementara pengguna. fail-fail ini biasanya boleh dijumpai di C:\Documents and Settings\Username\Local Settings\Temp bagi windows XP dan C:\Users\Username\App Data\Local\Temp bagi windows vista dan 7. Buang semua fail dalamnya, sesetengah virus bersembunyi dalam folder fail sementara.
3. Pasang Balik Hard Disk
Pasang balik Hard Disk pada PC yang asal dan lakukan virus scan sekali lagi untuk memastikan sistem betul-betul bersih dari virus. Gunakan juga program antispyware.
4. Uji sistem
Apabila semua langkah diatas siap buka Web browser buang semua offline file dan cookies. Selepas ini pastikan tiada maslah lain seperti mesej popup, web direction, homepages hijacked dll. Buka beberapa website yang popular seperti facebook, google, yahoo dll serta uji search engine dengan melakukan beberapa carian di internet.
5. Ujian lanjut
Jika terdapat lagi masalah jangkitan seperti redirected search atau website block cuba cari nama proses yang aktif yang mungkin menyebabkan ia terjadi. Gunakan Trend Micro’s Hijack This, Microsoft Process Explorer dan MSconfig (pada run taip msconfig). Antara yang Paling berkesan aku biasa gunakan ialah sysinternal Process Explorer dan Sysinternal Autorun, kedua-dua program ini free jer dan boleh didapati di http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb545027. Jika perlu lakukan carian dalam registry untuk membuang jangkitan virus.
Strategi lain..
Boleh juga gunakan boot disk seperti KNOPPIX, UBCD, BartPE dan WInPE untuk menghapuskan virus.
P/S: untuk menghapuskan malware aku syorkan malwarebytes ia amat berkesan untuk menangani malware tapi untuk virus kena gunakan anti virus lah.
Labels:
Tip-Tip
Microsoft Windows 7 ada beberapa perisian (tools) yang membolehkan kita mengubah dan menguruskan system operasi dengan lebih baik. Bagi sesiapa yang ingin menambah partition tidak perlu lah mencari perisian lain kerana dlm Windows 7 terdapat Disk Management Tool yang boleh mengecilkan dan membuat partition baru dengan mudah. Untuk menambah partition baru daripada partition yang sedia ada perkara pertama yang harus dilakukan ialah mengecilkan partition terlebih dahulu.
Mengecilkan partition
Klik start dan taipkan diskmgmt.msc dalam search box dan klik kanan diskmgmt.msc dan pilih Run as administrator
Paparan disk management
Klik kanan drive yang kita hendak kecilkan saya akan pilih drive D: sebagai contoh.
Disk management akan mengambil masa untuk analisa drive yang dipilih kemudian barulah keluar paparan dibawah.
Masukkan nilai yang dikehendaki (nilai yang ingin dibuang dalam drive D:) dalam Enter the Amount of Space to Shrink in MB. Saya akan kecilkan sebanyak 5000MB (5GB), apabila siap klik button shrink.
Apabila siap akan keluar partition baru yang ditanda unallocated, saiz sebenar drive akan lebih kurang dari nilai yang kita masukkan tadi kerana fail sistem akan mengambil sedikit ruang.
Klik kanan pada partition baru itu dan pilih new simple volume
Klik next untuk memulakan proses
Kita boleh lagi memecahkan partition yang baru dibuat kepada beberapa bahagian, tetapi kali ini saya akan gunakan semua saiz yang ada.
Di paparan seterusnya akan ada tiga pilihan
Paparan seterusnya adalah untuk format, kita boleh pilih samada nak gunakan NTFS atau FAT32, amat digalakkan untuk menggunakan format NTFS berbanding FAT32. Allocation Unit Size tidak perlu diusik dan masukkan apa-apa dalam volume label untuk memudahkan kita mengenal partition nanti. Buat Quick Format untuk Format cepat.

Apabila selesai Klik next dan paparan laporan pilihan yang kita buat akan keluar jika tiada masalah klik finish.
Apabila format selesai akan dipaparkan partition yang telah kita buat.
P/S : kalau kecilkan drive C: atau System Drive windows akan hadkan jumlah yang boleh dikecilkan berdasarkan keperluan sistem operasi.
Labels:
Teknik-teknik
Labels:
Teknik-teknik
Laplink PCmover adalah perisian yang membolehkan anda memindahkan fail, tetapan dan juga aplikasi dari satu komputer ke komputer yang lain. Ia amat sesuai untuk yang telah menukar komputer yang lebih baru.
Spesifikasi:
Syarikat: Laplink Software, Inc.
Produk: PCmover Professional Edition
Keperluan: 200MB disk space, Windows 2000 and up
Harga: $59.95 (Professional Edition), $39.95 (Home Edition)
Maklumat Tambahan: Web site produk
Kegunaannya?
PCmover untuk sesiapa yang inginkan cara mudah memindahkan tetapan dari komputer lama ke komputer baru. Terdapat juga Edisi Enterprise untuk jabatan IT yang inginkan fungsi seperti memindahkan template dan kawalan berpusat.
Masalah yang diselesaikan?
Berpindah dari satu pc ke pc yang lain mengambil masa yang agak lama dan agak menyusahkan. Kita tentu dah biasa sangat dengan tetapan yang telah ada, kalau pindah ke pc yang lain kena ubah tetapan balik. Dengan produk ini tetapan dan fail dapat dipindahkan serentak jadi ia menjimatkan masa.
Masalah yang mungkin dihadapi?
Walaupun ia sepatutnya berjalan sendiri tapi ada sesetengah masalah kecil akan timbul sebelum proses dapat dijalankan dengan baik.
Produk saigan
Windows Easy Transfer
Symantec Ghost Solution Suite
Easy Computer Sync
p/s : Aku pernah guna untuk pindah perisian yang telah dipasang pada komputer.
Blogger Labels: Tetapan,Aplikasi,Fail,Pindah,Laplink,PCmover
Labels:
Produk Baek
Labels:
Dulu-dulu
Bagi yang memiliki netbook tentu susah nak install windows 7, aku banyak terima netbook utk dibaiki yang paling banyak nak format dah la external dvd aku rosak kena lah cari external lain. Tapi tahukah anda boleh install menggunakan usb drive, nak menyediakan usb drive utk install windows 7 mudah ajer. cara-caranya :
Kena ada usb drive bersaiz lebih kurang 4GB keatas perlu diingatkan dlm proses ini usb drive perlu diformat jadi kalau ada apa-apa fail tu pindah lah dulu. Juga pastikan sistem yang hendak dipasang windows 7 tu boleh boot dengan usb kalau tak sia-sia lah nanti.
Untuk langkah penyediaan usb drive tu mula-mula buka CMD (Command Prompt) sebagai administrator. Biasanya cmd berada dalam accessories kat start menu tak pun taip jer cmd pastu klik kanan pada cmd dan klik run as administrator seperti dlm gambar dibawah ni.
pastikan usb drive telah dicucuk dan taipkan diskpart dalam cmd tu.
kemudian kita kena cari usb drive utk itu kita taip list disk ia akan paparkan semua drive yg disambungkan pada pc anda. seperti yang boleh anda lihat saya dah boleh tau mana usb drive saya berdasarkan saiz isitu 3906MB iaitu lebih kurang 4GB dan ia disenaraikan sebagai disk 5. jika sukar nak kenalpasti usb anda taipkan “ list volume”. Ini sangat penting kerana jika tersilap pilih drive semua data boleh hilang.
selepas itu pilih usb drive kita dengan arahan select disk 5. seperti dibawah ini.
Kemudian taip arahan “clean”. arahan ini akan menghilangkan segala maklumat format dalam drive serta semua partition. setelah ia selesai akan keluar paparan seperti dibawah.
Kemudian kena aktifkan partition supaya bios mengetahui yang ia boleh boot (bootable) utk itu taip active
seperti dibawah ini.
setalah aktifkan partition barulah boleh format usb drive ini boleh dilakukan dengan arahan “Format fs=FAT32 quick” setelah format selesai taipkan arahan “assign” ini utk memberi drive letter pada usb drive kalau tak nanti tak adalah drive letter.
Selepas itu taip “exit” utk keluar. Langkah seterusnya salin semua fail dalam DVD
Windows 7 dalam usb Drive.
Setelah siap boleh lah boot dgn usb Drive tu nanti dan ia lebih laju dari menggunakan DVD.
Peringatan Kena menggunakan CMD atau Diskpart dlm WIndows Vista / 7 / WinPE 2.X baru jadi.
Blogger Labels: USB Drive,Installation,Windows 7
Labels:
Teknik-teknik
Bagi yang tak tengok lagi windows 8 aku upload gambar-gambar windows 8. walaupun ia belum siap lagi tapi microsoft dah bagi tau kepada skit-skit tentang bagaimana ia akan mengubah dunia. korang bleh tengok laman web ini http://www.buildwindows.com/ untuk mengetahui tentang windows 8 dengan lebih lanjut. Antara yang menarik tentang windows 8 ialah paparan pengguna utama adalah metro seperti dalam gambar dibawah, walaupun ada lagi start menu tapi korang bleh guna sentuhan ataupun keyboard dan mouse dan ianya sedang diperbaharui lagi.
windows explorer ribbon seperti yang terdapat pada microsoft office 2007, wordpad dan paint dalam windows 7.
paparan salinan fail yang baru berserta fungsi tambahan iaitu henti sebentar (pause).
dan kalau ada masalah masa membuat salinan seperti fail sama ker, kotak dialog ini akan kluar.
windows 8 juga menyokong usb 3.0 dan jika menggunakan sistem 64-bit paling kurang kena ada 4 GB ram. Barulah boleh memanafaatkan teknologi Hyper-V virtualization. Dengan teknologi ini korang bleh jalankan windows 8 32-bit dan 64-bit dalam virtual machines. Di bawah ni ada beberapa gambar windows 8 lagi untuk korang tengok.

Blogger Labels: Windows 8,Microsoft
Labels:
Perkembangan Terkini